BENGKEL SELALU SEDIA CALON PANDU PUTERI RAJA 2019

Tarikh:          6 hingga 9 Mac 2019
Tempat:        Kemunting Beach Resort, Melaka
Penyertaan:  84 orang calon Pandu Puteri Raja

Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menganjurkan Bengkel Selalu Sedia 2019 untuk seramai 84 orang calon Pandu Puteri Raja dari seluruh negara dari 6 – 9 Mac 2019 di Melaka. 
Selain daripada pembentangan laporan khidmat masyarakat tiga bulan, para calon telah melalui berbagai cabaran yang menguji kesediaan serta kemahiran dan ilmu Pandu Puteri dalam pelbagai situasi. Antaranya adalah kuiz, cabaran individu, cabaran patrol, khidmat gotong-royong di Konservasi Penyu, Malaysia Cergas dan Malam Pandu Puteri.

YBhg Dato’ Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut hadir bersama dan menyampaikan sijil serta menyempurnakan majlis penutupan bengkel.

Sebagai tuan rumah, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Melaka telah membantu menjayakan bengkel tersebut. Sokongan dan kerjasama padu yang diberikan adalah amat dihargai. Terima kasih daun keladi.







 







This entry was posted on Thursday 30 July 2020. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

Powered by Blogger.