BENGKEL KESEDARAN KESIHATAN MENTAL PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (DALAM TALIAN )

          Pada bulan Mei 2020, Pandu Puteri Raja tahun 2014, Cik Elizabeth Gerard yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kaunseling di Universiti Monash telah mencadangkan lencana kecekapan kesedaran kesihatan mental diperkenalkan untuk ahli-ahli muda Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sehubungan itu, Majlis Jurulatih Kebangsaan telah merancang beberapa siri bengkel dalam talian telah dilaksanakan sebagai tinjauan persepsi ahli-ahli terhadap kesihatan mental.

Bengkel-bengkel tersebut telah dilaksanakan dari jam 2.30 – 5.30 petang pada 27 Jun (mock run), 28 Jun (untuk pemimpin), 5 Julai (untuk Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer ) dan 12 Julai 2020 (untuk Pandu Puteri Clover, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Raja, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer serta pemimpin) oleh Elizabeth dan barisan fasilitator beliau. Isi kandungan bengkel adalah seperti yang berikut:

 

i.                     Introduction to mental health awareness

ii.                   First: Love yourself

iii.                 Then: Care for others

iv.                 Finally: Change the world


Berikutan kejayaan bengkel-bengkel tersebut, Elizabeth dan rakan-rakan beliau telah 

diamanahkan untuk mengubal kurikulum kesedaran kesihatan mental sebagai satu 

lencana kecekapan untuk Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer. Persatuan 

Pandu Puteri Malaysia  merakamkan ribuan terima kasih kepada Elizabeth dan 

pasukan beliau atas sumbangan khidmat yang diberikan. Syabas!

 

     27 Julai 2020 :  Mock Run

28 Julai 2020: Antara para peserta  Siri 1

 

5 Julai 2020:  Antara para peserta  Siri 2


12 Julai 2020:  Siri 3


Antara aktiviti yang dijalankan di Breakout Room



This entry was posted on Sunday 25 October 2020. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

Powered by Blogger.