BENGKEL SELALU SEDIA 2020

     Bengkel Selalu Sedia Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah diadakan di Palm Hotel Seremban, Negeri Sembilan dari 5 – 8 Mac 2020. Seramai 63 orang calon Pandu Puteri Raja telah menyertainya. Bengkel tersebut telah dijayakan oleh lapan orang ahli panel penilai iaitu Cik Joyce Ong Choon Kim, Pn Nor Azlah Binti Hamzah, Pn Chang Sook Kham, Pn Foong Poh Lin, Pn Hindon Binti Ahmad, Pn Noor Hayati Binti Pilus, Puan Roseline Chiew Siat Yin dan Cik Koh Kar Ling. Mereka dibantu oleh pemimpin PPPM Cawangan  Negeri Sembilan iaitu Pn Elizabeth Margaret Lazaroo dan  Pn Samundeeswari A/P Muniandy sebagai urusetia.

Aktiviti pameran di Palm Mall yang telah dirancang untuk membolehkan para calon mempamerkan hasil projek khidmat masyarakat tiga bulan yang menggabungjalinkan elemen inovasi sosial dan Sustainable Development Goals (SDGs) serta Jerayawara Pandu Puteri ke beberapa buah sekolah yang berdekatan terpaksa dibatalkan. Ini adalah kerana peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di negara. Sehubungan itu, satu taklimat tentang langkah-langkah pencegahan COVID-19 oleh Dr Muhammad Yazid Hanzir telah diadakan. Pameran dan aktiviti cabaran SDGs pula  diadakan di dewan hotel untuk calon-calon sahaja.  Selain daripada itu,  para calon telah melalui berbagai cabaran yang menguji kesediaan serta kemahiran dan ilmu Pandu Puteri secara individu dan juga dalam kumpulan di samping pembentangan laporan khidmat masyarakat tiga bulan.

Majlis penyampaian sijil dan peramsian penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sokongan dan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan sebagai tuan rumah yang telah membantu menjayakan bengkel tersebut adalah amat dihargai. Terima kasih daun keladi.

Taklimat tentang COVID-19


Malaysia cergas


Ceria dan bersatu hati menghadapi cabaran  

Usaha baik dan menarik


Mesyuarat panel penilai

Tetamu kehormat YBhg Dato’ Jeyadhevi Subramaniam

Ucapan perasmian penutupan bengkel

Syabas dan tahniah kepada semua



This entry was posted on Sunday 25 October 2020. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply

Powered by Blogger.