Tarikh: 22 – 24
November 2019
Tempat: Palm
Seremban Hotel, Seremban, Negeri Sembilan
Penyertaan: 30
orang jurulatih dari seluruh negara
Penganjuran Trainers’ Gathering – Nurture the Nurturers
bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dalam kalangan jurulatih yang
veteran serta yang junior,
mengemaskinikan maklumat kejurulatihan untuk mereka yang sudah lama tidak aktif
dan sehubungan itu menggalakkan mereka untuk menjadi aktif semula. Selain
daripada itu, ia juga merupakan satu platform untuk berkongsi pengalaman dan pandangan
serta menghargai khidmat bakti para jurulatih kepada Persatuan Pandu Pandu
Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Let’s Reconnect
& Happy Birthday GGAM,
WAGGGS – Our
World dan GGAM update, My Guiding Path, simulasi
ujian jurulatih,
permainan, sing-along, Malam Ladies In Red dan
sesi Q & A.





