![]() |
MAJLIS JURULATIH KEBANGSAAN
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
1.0 LATAR BELAKANG
Apabila
Malaysia mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, terdapat hanya tiga orang
jurulatih bertauliah iaitu Cik Mary Bowers, Cik Chan Lam Mun dan Cik Fakhitah
Binti Darus.
Persatuan Pandu
Puteri Malaysia telah mencapai usia 100 tahun pada tahun 2017. Namun begitu,
jumlah jurulatih bertauliah masih belum sampai 100 orang.
Majlis Jurulatih
Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah ditubuhkan pada 30 Mei 2007
sebagai satu platform untuk semua jurulatih. Majlis jurulatih Kebangsaan
berperanan memberi latihan dan menghasilkan Skim Latihan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia untuk mendapat akreditasi World
Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS).
Pada Jun 2007,
Majlis Kebangsaan telah menerima usul agar Majlis Jurulatih Kebangsaan
dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
2.0 VISI
Merealisasikan Profesionalisme Kejurulatihan Pandu Puteri.
3.0 Misi
3.1 Memantapkan
pengetahuan dan kemahiran kejurulatihan dalam kalangan pemimpin dan jurulatih
yang berkualiti.
3.2 Meningkatkan
bilangan jurulatih bertauliah dan jurulatih khas.
3.3 Berfungsi sebagai pusat rujukan kepakaran Pandu Puteri.
3.4 Memperluas jaringan pintar di peringkat cawangan, kebangsaan
dan antarabangsa
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menyemak dan mengemaskini Skim Latihan tiga
tahun sekali.
4.2 Merancang, mengurus dan melaksanakan
sekurang-kurangnya dua latihan atau kursus kejurulatihan di peringkat
kebangsaan setiap tahun.
4.3 Menghasilkan
bahan rujukan untuk program dan latihan.
4.4 Melahirkan
sekurang-kurangnya lima orang jurulatih setiap tahun.
4.5 Mengenalpasti
dan melantik panel penilai projek Khidmat Masyarakat,
Bengkel Selalu Sedia dan bengkel Anugerah
Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya.
4.6 Mengenalpasti
dan melantik penguji untuk ujian kebangsaan Lesen
Perkhemahan dan
Jurulatih.
4.7 Memastikan
calon anugerah Diploma Jurulatih memenuhi kriteria yang
ditetapkan.
4.8 Bekerjasama
dengan semua Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan
Cawangan.
4.9 Merancang,mengurus
dan melaksanakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan
Majlis Jurulatih
Kebangsaan.
4.10 Memastikan
saluran komunikasi Majlis Jurulatih Kebangsaan kemaskini.
5.0 KEAHLIAN
Keahlian Majlis Jurulatih Kebangsaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada:
5.1 Jurulatih Diploma
Jurulatih bertauliah yang memenuhi kriteria Jurulatih Diploma
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
5.2 Jurulatih Bertauliah
Jurulatih
bertauliah mempunyai sijil Jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia seperti
berikut:
·
Jurulatih Pandu Puteri Tunas
·
Jurulatih Pandu Puteri Remaja
·
Jurulatih Pandu Puteri Renjer
·
Jurulatih Perkhemahan
·
Jurulatih Pengurusan
5.3 Jurulatih
Khas
Seseorang layak mendapat
sijil Jurulatih Khas apabila memenuhi kriteria berikut:
5.3.1 seorang ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang berdaftar
5.3.2 seorang Pandu Puteri Raja yang aktif menyumbang khidmat kepakaran di
peringkat:
5.3.2.1 pasukan/daerah sekurang-kurangnya dua (02) kali dalam
tempoh dua (02) tahun.
5.3.2.2 cawangan sekurang-kurangnya dua (02) kali dalam tempoh
5.3.2 seorang Pandu Puteri Raja yang aktif menyumbang khidmat kepakaran di
peringkat:
5.3.2.1 pasukan/daerah sekurang-kurangnya dua (02) kali dalam
tempoh dua (02) tahun.
5.3.2.2 cawangan sekurang-kurangnya dua (02) kali dalam tempoh
dua (02) tahun.
5.3.2.3 kebangsaan sekurang-kurangnya satu (01) kali dalam
tempoh dua (02) tahun. 5.3.2.4 telah menghadiri Bengkel Bakal Jurulatih anjuran Majlis
Jurulatih Kebangsaan.
5.3.2.5 Sijil Jurulatih Khas diberi oleh Majlis Jurulatih
Kebangsaan untuk tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui berasaskan bidang
kepakaran seperti perundangan, perubatan, teknologi informasi dan komunikasi,
teknik dan vokasional, veterinar, alam sekitar, perakaunan, kewartawanan
kesenian dan kebudayaan, sukan dan rekreasi.
5.4 Penolong Jurulatih
5.4 Penolong Jurulatih
5.4.1 Mempunyai Waran Pemimpin Persatuan
Pandu Puteri Malaysia (PPPM).
5.4.2 Telah
menghadiri Bengkel Bakal Jurulatih
anjuran Majlis Jurulatih Kebangsaan.
5.4.3 Telah berkhidmat sebagai pemimpin
sekurang-kurangnya tiga (03) tahun.
5.4.4 Telah mengendalikan latihan atau
kursus pemimpin yang dianjurkan PPPM di peringkat daerah atau cawangan sebagai
penceramah/fasilitator dalam tempoh lima (05) tahun dari tarikh permohonan.
5.4.5 Telah menghadiri kursus atau latihan
berkaitan program Pandu Puteri anjuran PPPM di peringkat daerah atau cawangan
atau kebangsaan.
5.4.6 Menjadi penguji ahli Pandu Puteri di
sekolah atau daerah atau cawangan.
5.4.7 Telah menghadiri Bengkel Bakal Jurulatih anjuran Majlis
Jurulatih
Kebangsaan.
5.4.8 Sijil Penolong Jurulatih dianugerahkan
oleh PPPM untuk tempoh dua (2) tahun dan boleh diperbaharui serta
diperakui oleh Majlis Jurulatih Kebangsaan.
5.5
Bakal
Jurulatih
Bakal
jurulatih adalah pemegang Lesen Perkhemahan.
6.0 PERWAKILAN KE
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Majlis Jurulatih Kebangsaan menghantar dua (02)
orang perwakilan dan
tiga (03) orang
pemerhati ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
7.0 PENDAFTARAN
Setiap ahli dikehendaki memperbaharui
pendaftaran dengan cawangan masing- masing atau
Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui pendaftaran atas talian sebelum
30 April setiap tahun kecuali mereka yang menjadi ahli seumur hidup.
8.0 PENCALONAN DAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA
Ahli Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia mencalon dan memilih secara undi sulit sembilan (09) orang dalam
kalangan jurulatih yang hadir untuk mengganggotai barisan jawatankuasa bagi
tempoh dua (02) tahun.
8.1 Jawatankuasa Majlis Jurulatih Kebangsaan
terdiri daripada
. 8.1.1 Pengerusi
8.1.2 Naib Pengerusi
8.1.3 Setiausaha
8.1.4 Penolong Setiausaha
8.1.5 Lima (05) orang ahli jawatankuasa (sekurang-kurangnya seorang
dalam kalangan jurulatih Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja,
8.1.2 Naib Pengerusi
8.1.3 Setiausaha
8.1.4 Penolong Setiausaha
8.1.5 Lima (05) orang ahli jawatankuasa (sekurang-kurangnya seorang
dalam kalangan jurulatih Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja,
Pandu Puteri Renjer
dan Jurulatih Perkhemahan)
9.0 SPESIFIKASI
TUGAS JAWATANKUASA
9.1 pENGERUSI
9.1.1 Menetapkan tarikh, tempat dan agenda
mesyuarat Majlis Jurulatih
Kebangsaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
9.1.2 Mempengerusi semua
mesyuarat Majlis Jurulatih Kebangsaan
Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
9.1.3 Menyalur semua keputusan Majlis kepada Ketua
Pesuruhjaya
Persatuan
Pandu Puteri
Malaysia.
9.1.4 Mengenalpasti
dan membina jaringan pintar dengan agensi-agensi
luar.
9.1.5 Memastikan
semua Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU)
dan program Pandu Puteri teratur
dan terkini.
9.2 NAIB PENGERUSI
9.2.1 Membantu pengerusi menjalankan tugas.
9.2.2 Mengambil
alih tugas Pengerusi jika beliau tidak hadir.
9.2.3 Mengemaskini
laman blog Majlis Jurulatih Kebangsaan.
9.3 SETIAUSAHA
9.3.1 Menguruskan segala surat-menyurat berkaitan Majlis Jurulatih
Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
9.3.2 Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya
dalam tempoh
dua
minggu selepas mesyuarat.
9.3.3 Memastikan
fail setiausaha teratur dan kemaskini.
9.3.4 Menyediakan Laporan Tahunan Majlis
Jurulatih Kebangsaan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
9.4 PENOLONG SETIAUSAHA
9.4.1 Membantu
setiausaha menjalankan tugas.
9.4.2 Mengambil
alih tugas setiausaha jika beliau tidak hadir.
9.4.3 Mendokumentasi
semua aktiviti program Majlis Jurulatih
Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.
9.4.4 Memastikan
pengkalan data jurulatih dan bakal jurulatih Persatuan
Pandu Puteri Malaysia kemaskini.
9.5 ahli jawatankuasa
9.5.1 Mencadangkan
aktiviti latihan untuk pemimpin
9.5.2 Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan
dari
semasa ke semasa.
10.0 SPESIFIKASI
TUGAS EX-OFFICIO
10.1 PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS KEBANGSAAN/
PESURUHJAYA PANDU
PUTERI REMAJA KEBANGSAAN/
PESURUHJAYA PANDU
PUTERI RENJER KEBANGSAAN/
PESURUHJAYA PANDU
PUTERI DEWASA KEBANGSAAN
10.1.1 Menyokong dan bekerjasama dalam pelaksanaan
program-
program
yang dilaksanakan oleh Majlis Jurulatih Kebangsaan
Persatuan
Pandu Puteri Malaysia
10.2 PESURUHJAYA LATIHAN KEBANGSAAN/ PESURUHJAYA
PROGRAM
KEBANGSAAN
10.2.1 Menyokong dan bekerjasama dalam pelaksanaan
program-
program
yang dilaksanakan oleh Majlis Jurulatih Kebangsaan
Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.
11.0 Mesyuarat Jawatankuasa MAJLIS JURULATIH
KEBANGSAAN
Mesyuarat
Jawatankuasa Majlis Jurulatih Kebangsaan diadakan sekurang-
kurangnya
empat kali dalam dua tahun.
![]() |
SURAT PENUBUHAN MAJLIS JURULATIH KEBANGSAAN |
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Persetiaan Pandu Puteri
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya
Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
Raja Dan Negara Saya Malaysia
Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri
Piagam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
sentiasa:
Menyediakan latihan Pandu Puteri yang
berkualiti
Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang
tulin melalui Program Pandu Puteri
- Melahirkan ahli yang berkaliber
- Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
- Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat
dan berguna
- Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa
apa-apa ganjaran
Visi Dan Misi
VISI:
Menerajui perkembangan potensi gadis dan
wanita untuk membawa perubahan.
�
VISION:
Taking the lead in developing the
potential of girls and women for change.
MISI:
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai
komitmen melahirkangolongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui
penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi�kepentingan
nusa, bangsa dan antarabangsa.
�
MISSION:
Girl Guides Association Malaysia is
committed to develop girls and�women of caliber through internationalization of Girl
Guiding�knowledge,
skills and values to benefit the society and country.