Pada 13 Julai 2020, satu taklimat dalam talian telah diadakan untuk seramai 140 calon Pandu Puteri Raja tahun 2021. Turut serta adalah 53 orang pemimpin dalam kalangan Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Pesuruhjaya Latihan Cawangan, Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Cawangan dan pemimpin-pemimpin lain.
Antara objektif-objektif taklimat adalah untuk mendedahkan kepada para Pandu Puteri Renjer mengenai konsep inovasi sosial serta cara-cara untuk menggabungjalinkannya dalam projek khidmat masyarakat tiga bulan, uniform, format kertas kerja dan program ke arah Pandu Puteri Raja. Para peserta juga dimaklumkan tentang tarikh tutup borang permohonan pembentangan (10 Ogos 2020) dan tarikh pembentangan projek dalam talian (5 dan 6 September 2020). Ini telah diikuti dengan sesi soal jawab yang menggalakkan.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cik Joyce Ong Choon Kim, Cik Koh Kar Ling, Pn Hindon Ahmad dan Cik Fong Woon Yoke. YBhg. Dato Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya turut hadir dan memberikan ucapan penutupan.
Antara para pemimpin dan calon Pandu Puteri Raja yang hadir