Modul LK SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (2025)
Modul LK Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
https://drive.google.com/file/d/1VKn0iiiRstCZI6AZu2_YvVDUJXqPQnO-/view?usp=sharing
PROGRAM PENYEMAKAN BUKU LOG CALON PANDU PUTERI RAJA
PEMBENTANGAN PROJEK KHIDMAT TIGA BULAN OLEH CALON-CALON PANDU PUTERI RAJA TAHUN 2021
Seramai 99 orang calon Pandu Puteri Raja tahun 2021 telah membentangkan kertas cadangan projek khidmat masyarakat tiga bulan pada 5 dan 6 September 2020. Oleh kerana penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pembentangan pada tahun ini telah dilaksanakan dilaksanakan secara dalam talian.
Bilangan calon mengikut cawangan adalah seperti yang berikut:
Kedah (9 orang), Perak (6 orang), Selangor (26 orang), WPKL (13 orang), Putrajaya (seorang), Negeri Sembilan (seorang), Melaka (16 orang), Pahang (3 orang), Trengganu (7 orang), Sabah (6 orang) dan MRSM (11 orang).
Panel penilai:
5 September 2020 - Pn Chempaka Emalin bt Pahamin, Pn Hariyani bt Mohamed, Pn Hindon bt Ahmad, Cik Koh Kar Ling, Pn Siti Noridza bt Mohammad, Pn Rusnani bt Awang, Cik Lim Oon Chan, Pn Tracie Chong Suk Fun, Pn Parameswary a/p Perumal dan Pn Lim Chai Sim.
6 September 2020 - Pn Nurulain bt Hj Ngah, Pn Hindon bt Ahmad, Pn Chang Sook Kham, Cik Fong Woon Yoke, Pn Zainubah bt Abdul Rahman, Pn M. Vijayaletchumi a/p S. Murugesu, Pn Che Azura bt Che An, Pn Pakyavathy a/p Muniandy, Pn Aisah Binti Ibrahim dan Pn Rusmawati bt Mahmood.
Penyelaras: Cik Joyce Ong Choon Kim
Urusetia: Cik Stella Yee Wei Lin
![]() |
| Sesi pembentangan oleh para calon |
![]() |
Barisan panel penilai dan urusetia untuk sesi pada 6
September 2020 |
Penyemakan Kurikulum Kesedaran Kesihatan Mental
Pada 17 Ogos 2020, enam orang kaunselor sekolah dari negeri Trengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah memberi khidmat menyemak Kurikulum Kesedaran Kesihatan Mental melalui Zoom. Kaunselor-kaunselor tersebut telah dikenalpasti dengan bantuan Ketua-Ketua Pesuruhjaya Cawangan yang berkenaan.
Kurikulum tersebut telah dibentangkan oleh Cik Elizabeth Gerard (Pandu Puteri Raja tahun 2014 dan kini ahli Pandu Puteri Klover) yang telah menggubalnya bersama-sama rakan-rakan kaunselor beliau. Draf kurikulum tersebut telah digunakan dalam tiga bengkel untuk ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia iaitu dalam bulan Jun dan Julai 2020. Hasil daripada semakan bersama didapati kurikulum adalah pada keseluruhannya mudah difahami serta sesuai dari segi kandungan dan aktiviti untuk golongan remaja. Namun begitu, masih terdapat ruang untuk penambaikan. Pasukan penggubal akan terus berusaha untuk memurnikannya.
Taklimat Untuk Panel Penilai Pembentangan Projek Khidmat Masyarakat Oleh Calon Pandu Puteri Raja 2021
Taklimat tersebut telah dilasanakan melalui interaksi Zoom pada 4 September 2020 untuk ahli-ahli panel penilai pembentangan projek khidmat masyarakat. Semua Ketua Pesuruhjaya Cawangan (KPC) dan Pesuruhjaya Latihan Cawangan juga dijemput hadir bersama.
Aspek yang disampaikan adalah mengenai persediaan dan tanggungjawab panel penilai dalam menjalankan tugas dan format kertas cadangan projek. Ini telah diikuti dengan sesi soal-jawab dan ucapan oleh YBhg. Dato Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Cik Joyce Ong Choon Kim dan Pn Chang Sook Kham. Kesemua isi kandungan taklimat telah diedarkan dalam bentuk pdf kepada semua penilai serta KPC untuk peringatan dan tindakan semua pihak yang terlibat. Pembentangan oleh para calon adalah pada 5 dan 6 September 2020 melalui Zoom.
TAKLIMAT KHAS UNTUK PENERIMA ANUGERAH PANDU PUTERI RAJA TAHUN 2020
Taklimat khas untuk 63 penerima Anugerah Pandu Puteri Raja telah diadakan melalui Zoom pada 5 September 2020 (Sabtu) jam 8:30 malam. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Pesuruhjaya Latihan Cawangan, Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Cawangan dan Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Cawangan.
Objektif taklimat adalah untuk mengingatkan para penerima anugerah tentang kekemasan uniform dan etiket di majlis rasmi di samping memaklumkan beberapa perkara lain yang berkaitan sebagai persediaan untuk majlis penganugerahan oleh Penaung Diraja, Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 3 Oktober 2020.
Taklimat telah dikendalikan oleh Cik Joyce Ong Choon Kim (Pengerusi Majlis Jurulatih Kebangsaan), Cik Fong Woon Yoke (Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Kebangsaan) dan Pn Hariyani Mohamed (Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Kebangsaan). Hadir bersama ialah YBhg. Dato Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang menegaskan kepentingan penampilan diri yang positf serta amalan selalu sedia.
TAKLIMAT UNTUK CALON-CALON PANDU PUTERI RAJA TAHUN 2021
Pada 13 Julai 2020, satu taklimat dalam talian telah diadakan untuk seramai 140 calon Pandu Puteri Raja tahun 2021. Turut serta adalah 53 orang pemimpin dalam kalangan Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Pesuruhjaya Latihan Cawangan, Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Cawangan dan pemimpin-pemimpin lain.
Antara objektif-objektif taklimat adalah untuk mendedahkan kepada para Pandu Puteri Renjer mengenai konsep inovasi sosial serta cara-cara untuk menggabungjalinkannya dalam projek khidmat masyarakat tiga bulan, uniform, format kertas kerja dan program ke arah Pandu Puteri Raja. Para peserta juga dimaklumkan tentang tarikh tutup borang permohonan pembentangan (10 Ogos 2020) dan tarikh pembentangan projek dalam talian (5 dan 6 September 2020). Ini telah diikuti dengan sesi soal jawab yang menggalakkan.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cik Joyce Ong Choon Kim, Cik Koh Kar Ling, Pn Hindon Ahmad dan Cik Fong Woon Yoke. YBhg. Dato Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya turut hadir dan memberikan ucapan penutupan.
![]() |
Antara para pemimpin dan calon Pandu Puteri Raja yang hadir
BENGKEL KESEDARAN KESIHATAN MENTAL PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (DALAM TALIAN )
Pada bulan Mei 2020, Pandu Puteri Raja tahun 2014, Cik Elizabeth Gerard yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kaunseling di Universiti Monash telah mencadangkan lencana kecekapan kesedaran kesihatan mental diperkenalkan untuk ahli-ahli muda Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sehubungan itu, Majlis Jurulatih Kebangsaan telah merancang beberapa siri bengkel dalam talian telah dilaksanakan sebagai tinjauan persepsi ahli-ahli terhadap kesihatan mental.
Bengkel-bengkel
tersebut telah dilaksanakan dari jam 2.30 – 5.30 petang pada 27 Jun (mock run), 28 Jun (untuk pemimpin), 5
Julai (untuk Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer ) dan 12 Julai 2020
(untuk Pandu Puteri Clover, Pandu Puteri Kadet, Pandu Puteri Raja, Pandu Puteri
Remaja, Pandu Puteri Renjer serta pemimpin) oleh Elizabeth dan barisan
fasilitator beliau. Isi kandungan bengkel adalah seperti yang berikut:
i.
Introduction to mental health awareness
ii.
First: Love yourself
iii.
Then: Care for others
iv.
Finally: Change the world
Berikutan kejayaan bengkel-bengkel tersebut, Elizabeth dan rakan-rakan beliau telah
diamanahkan untuk mengubal kurikulum kesedaran kesihatan mental sebagai satu
lencana kecekapan untuk Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer. Persatuan
Pandu Puteri Malaysia merakamkan ribuan terima kasih kepada Elizabeth dan
pasukan beliau atas sumbangan khidmat yang diberikan. Syabas!
![]() |
| 27 Julai 2020 : Mock Run |
![]() |
28 Julai 2020: Antara
para peserta Siri 1 |
![]() |
5 Julai 2020: Antara
para peserta Siri 2 |
![]() |
12 Julai 2020: Siri 3 |
![]() |
Antara
aktiviti yang dijalankan di Breakout Room |
BENGKEL SELALU SEDIA 2020
Bengkel Selalu Sedia Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah diadakan di Palm Hotel Seremban, Negeri Sembilan dari 5 – 8 Mac 2020. Seramai 63 orang calon Pandu Puteri Raja telah menyertainya. Bengkel tersebut telah dijayakan oleh lapan orang ahli panel penilai iaitu Cik Joyce Ong Choon Kim, Pn Nor Azlah Binti Hamzah, Pn Chang Sook Kham, Pn Foong Poh Lin, Pn Hindon Binti Ahmad, Pn Noor Hayati Binti Pilus, Puan Roseline Chiew Siat Yin dan Cik Koh Kar Ling. Mereka dibantu oleh pemimpin PPPM Cawangan Negeri Sembilan iaitu Pn Elizabeth Margaret Lazaroo dan Pn Samundeeswari A/P Muniandy sebagai urusetia.
Aktiviti pameran di Palm Mall yang telah dirancang untuk
membolehkan para calon mempamerkan hasil projek khidmat masyarakat tiga bulan
yang menggabungjalinkan elemen inovasi sosial dan Sustainable Development Goals (SDGs) serta Jerayawara Pandu Puteri ke beberapa buah sekolah yang
berdekatan terpaksa dibatalkan. Ini adalah kerana peningkatan jumlah kes positif
COVID-19 di negara. Sehubungan itu, satu taklimat tentang langkah-langkah pencegahan COVID-19 oleh Dr Muhammad Yazid Hanzir telah diadakan. Pameran
dan aktiviti cabaran SDGs pula diadakan di dewan hotel untuk calon-calon
sahaja. Selain daripada itu, para calon
telah melalui berbagai cabaran yang menguji kesediaan serta kemahiran dan ilmu
Pandu Puteri secara individu dan juga dalam kumpulan di samping pembentangan
laporan khidmat masyarakat tiga bulan.
Majlis penyampaian sijil dan peramsian penutupan telah disempurnakan
oleh YBhg. Dato’ Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu
Puteri Malaysia. Sokongan dan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Cawangan Negeri Sembilan sebagai tuan rumah yang telah membantu menjayakan
bengkel tersebut adalah amat dihargai. Terima kasih daun keladi.
![]() |
Taklimat tentang COVID-19 |
![]() |
Malaysia cergas |
![]() |
| Ceria dan bersatu hati menghadapi cabaran |
![]() |
Usaha baik dan menarik |
![]() |
Mesyuarat panel penilai |
![]() |
Tetamu kehormat YBhg
Dato’ Jeyadhevi Subramaniam |
![]() |
| Ucapan perasmian penutupan bengkel |
![]() |
Syabas dan tahniah kepada semua |
PENYEMAKAN BUKU-BUKU LOG CALON PANDU PUTERI RAJA 2020
PENYEMAKAN BUKU-BUKU LOG CALON PANDU PUTERI RAJA 2020
|
Tarikh: |
7 – 9 Februari
2020 |
10 – 12
Februari 2020 |
|
Tempat: |
Wisma Pandu
Puteri, PPPM |
Wisma Pandu
Puteri Sabah |
|
Bil. Calon Yg Menghantar Buku Log: |
72 orang calon
|
5 orang calon |
|
Buku Log Yg
Disemak: |
Tali
Pekelilingan, Bintang Puteri I,
Bintang Puteri II, Bintang Puteri III, Permit Perkhemahan Kumpulan & Buku
Log Peribadi |
|
|
BIL |
NAMA PANEL PENYEMAK |
CAWANGAN/JAWATAN |
|
1.
|
Cik Joyce Ong Choon Kim |
IPG/PENGERUSI MJK |
|
2.
|
Puan
Chempaka Emalin Pahamin |
WPKL/NAIB PENGERUSI MJK |
|
3.
|
Puan Nor Azlah
Binti Hamzah |
PERAK/ SETIAUSAHA MJK |
|
4.
|
Puan
Hariyani Binti Mohamed |
JOHOR / JK MJK |
|
5.
|
Puan
Juriah Binti Mohamed |
JOHOR / JK MJK |
|
6.
|
Puan
Chang Sook Kham |
PERAK / JK MJK |
|
7.
|
Cik
Kamsuri Binti Ibrahim |
PAHANG/ JK MJK |
|
8.
|
Cik Fong Woon
Yoke |
PERAK / LEK |
|
9.
|
Cik Koh Kar
Ling |
KEDAH/LEK |
|
10.
|
Puan M. Vijaya Letchumi S. Murugesu |
MELAKA / LEK |
|
11.
|
Pn Noor Hayati Binti Pilus |
NEGERI SEMBILAN / LEK |
|
12.
|
Puan
Siti Azura Bt
Abd Rahim |
KEDAH |
|
13.
|
Puan
Zaura Bt Elias |
KEDAH |
|
14.
|
Puan Che
Azura Binti Che
An |
MRSM |
|
15.
|
Puan
Paramesvary A/P Perumal |
SELANGOR |
|
16.
|
Puan
Norlia Bt Abdullah |
SELANGOR |
|
17.
|
Puan
Nita Nor Azrina
Bt Wan Ismail |
PAHANG |
|
18.
|
Puan Nik Anida
Binti Nik Ismail |
TERENGGANU |
|
19.
|
Puan
Rusmawati Binti Mahmood |
TERENGGANU |
|
20.
|
Puan Samundeswari
Muniandy |
NEGERI SEMBILAN |
|
21.
|
Cik Lim Oon
Chan |
PULAU PINANG |
|
20 |
Puan Ramlah
Bt Saad |
PULAU PINANG |
|
21 |
Puan
Siti Noridzan Bt
Mohammad Noor |
KELANTAN |
|
22 |
Puan Nurhayati
Bt Riduan |
SABAH |
|
23 |
Puan
Khoo Sooi Ean |
WPKL |
![]() |
Barisan penyemak buku
log |
BILANGAN CALON YANG MENGHANTAR BUKU LOG UNTUK DISEMAK
Kedah | 5 |
| Melaka | 13 |
Pulau Pinang | 16 |
| Pahang | 2 |
Perak | 4 |
| Terengganu | 4 |
Selangor | 4 |
| Kelantan | 1 |
WP Kuala Lumpur | 15 |
| Sarawak | 2 |
Negeri Sembilan | 6 |
| Sabah | 5 |
|
|
| Jumlah | 77 |
Majlis Jurulatih kebangsaan mengucapkan penghargaan kepada semua penilai atas khidmat yang diberikan. Satu laporan bertulis telah disediakan bersama dan dihantar kepada semua Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Latihan Cawangan untuk dikongsi dengan para pemimpin dan ahli-ahli muda yang ingin menjadi Pandu Puteri Raja.
![]() |
| Taklimat sebelum mula |
![]() |
| Bersedia untuk berkhidmat |
![]() |
Sibuk menyemak siang dan malam |
![]() |
| Panel khas untuk penyemakan semuala |
![]() |
Antara ahli jawatan kuasa
Majlis Jurulatih Kebangsaan yang turut berkhidmat |






































