PEMBENTANGAN PROJEK KHIDMAT TIGA BULAN OLEH CALON-CALON PANDU PUTERI RAJA TAHUN 2021

No Comments »

Seramai 99 orang calon Pandu Puteri Raja tahun 2021 telah membentangkan kertas cadangan projek khidmat masyarakat tiga bulan pada 5 dan 6 September 2020. Oleh kerana penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pembentangan pada tahun ini telah dilaksanakan dilaksanakan secara dalam talian. 

Bilangan calon mengikut cawangan adalah seperti yang berikut:

Kedah  (9 orang), Perak (6 orang), Selangor (26 orang), WPKL (13 orang), Putrajaya (seorang), Negeri Sembilan (seorang), Melaka (16 orang), Pahang (3 orang), Trengganu (7 orang), Sabah (6 orang) dan MRSM (11 orang).   


Panel penilai: 

5 September 2020  -  Pn Chempaka Emalin bt Pahamin, Pn Hariyani bt Mohamed, Pn Hindon bt Ahmad, Cik Koh Kar Ling, Pn Siti Noridza bt Mohammad, Pn Rusnani bt Awang, Cik Lim Oon Chan, Pn Tracie Chong Suk Fun, Pn Parameswary a/p Perumal dan Pn Lim Chai Sim.


6 September 2020  -  Pn Nurulain bt Hj Ngah, Pn Hindon bt Ahmad, Pn Chang Sook Kham, Cik Fong Woon Yoke, Pn Zainubah bt Abdul Rahman, Pn M. Vijayaletchumi a/p S. Murugesu, Pn Che Azura bt Che An, Pn Pakyavathy a/p Muniandy, Pn Aisah Binti Ibrahim dan Pn Rusmawati bt Mahmood.


Penyelaras:  Cik Joyce Ong Choon Kim

Urusetia:      Cik Stella Yee Wei Lin 


Sesi pembentangan oleh para calon

Barisan panel penilai dan urusetia untuk sesi pada 5 September 2020

Barisan panel penilai dan urusetia untuk sesi pada 6 September 2020

Penyemakan Kurikulum Kesedaran Kesihatan Mental

No Comments »

     Pada 17 Ogos 2020, enam orang kaunselor sekolah dari negeri Trengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah memberi khidmat menyemak Kurikulum Kesedaran Kesihatan Mental melalui Zoom. Kaunselor-kaunselor tersebut telah dikenalpasti dengan bantuan Ketua-Ketua Pesuruhjaya Cawangan yang berkenaan. 

    Kurikulum tersebut telah dibentangkan oleh Cik Elizabeth Gerard (Pandu Puteri Raja tahun 2014 dan kini ahli Pandu Puteri Klover) yang telah menggubalnya bersama-sama rakan-rakan kaunselor beliau. Draf kurikulum tersebut telah digunakan dalam tiga bengkel untuk ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia iaitu dalam bulan Jun dan Julai 2020. Hasil daripada semakan bersama didapati kurikulum adalah pada keseluruhannya mudah difahami serta sesuai dari segi kandungan dan aktiviti untuk golongan remaja. Namun begitu, masih terdapat ruang untuk penambaikan. Pasukan penggubal akan terus berusaha untuk memurnikannya.      



Taklimat Untuk Panel Penilai Pembentangan Projek Khidmat Masyarakat Oleh Calon Pandu Puteri Raja 2021

No Comments »

    Taklimat tersebut telah dilasanakan melalui interaksi Zoom pada 4 September 2020 untuk ahli-ahli panel penilai pembentangan projek khidmat masyarakat. Semua Ketua Pesuruhjaya Cawangan (KPC) dan Pesuruhjaya Latihan Cawangan juga dijemput hadir bersama. 

    Aspek yang disampaikan adalah mengenai persediaan dan tanggungjawab panel penilai dalam menjalankan tugas dan format kertas cadangan projek. Ini  telah diikuti dengan sesi soal-jawab dan ucapan oleh YBhg. Dato Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

    Sesi taklimat telah disampaikan oleh Cik Joyce Ong Choon Kim dan Pn Chang Sook Kham. Kesemua isi kandungan taklimat telah diedarkan dalam bentuk pdf kepada semua penilai serta KPC untuk peringatan dan tindakan semua pihak yang terlibat.  Pembentangan oleh para calon adalah pada 5 dan 6 September 2020 melalui Zoom.


TAKLIMAT KHAS UNTUK PENERIMA ANUGERAH PANDU PUTERI RAJA TAHUN 2020

No Comments »

     Taklimat khas untuk 63 penerima Anugerah  Pandu Puteri Raja telah diadakan melalui Zoom pada 5 September 2020 (Sabtu) jam  8:30 malam. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Pesuruhjaya Latihan Cawangan, Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Cawangan dan Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Cawangan. 

    Objektif taklimat adalah untuk mengingatkan para penerima anugerah tentang kekemasan uniform dan etiket di majlis rasmi di samping memaklumkan beberapa perkara lain yang berkaitan sebagai persediaan untuk majlis penganugerahan oleh Penaung Diraja, Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 3 Oktober 2020.

    Taklimat telah dikendalikan oleh Cik Joyce Ong Choon Kim (Pengerusi Majlis Jurulatih Kebangsaan), Cik Fong Woon Yoke (Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Kebangsaan) dan Pn Hariyani Mohamed (Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Kebangsaan). Hadir bersama ialah YBhg. Dato Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang menegaskan kepentingan penampilan diri yang positf serta amalan selalu sedia.




TAKLIMAT UNTUK CALON-CALON PANDU PUTERI RAJA TAHUN 2021

No Comments »

     Pada 13 Julai 2020, satu taklimat dalam talian telah diadakan untuk seramai 140 calon Pandu Puteri Raja tahun 2021. Turut serta adalah 53 orang pemimpin dalam kalangan Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Pesuruhjaya Latihan Cawangan, Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Cawangan dan pemimpin-pemimpin lain.

     Antara objektif-objektif taklimat adalah untuk mendedahkan kepada para Pandu Puteri Renjer mengenai konsep inovasi sosial serta cara-cara untuk menggabungjalinkannya dalam projek khidmat masyarakat tiga bulan, uniform, format kertas kerja dan program ke arah Pandu Puteri Raja. Para peserta juga dimaklumkan tentang tarikh tutup borang permohonan pembentangan (10 Ogos 2020) dan tarikh pembentangan projek dalam talian (5 dan 6 September 2020). Ini telah diikuti dengan sesi soal jawab yang menggalakkan.

    Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Cik Joyce Ong Choon Kim, Cik Koh Kar Ling, Pn Hindon Ahmad dan Cik Fong Woon Yoke. YBhg. Dato Jeyadhevi Subramaniam, Ketua Pesuruhjaya turut hadir dan memberikan ucapan penutupan.

Antara para pemimpin dan calon Pandu Puteri Raja yang hadir





Powered by Blogger.